LALUAN, PINGGIRAN, DAERAH, NOD & MERCUTANDA
Saya tinggal di Kampung Watt Padang Peliang, Pendang, Kedah. Kawasan tempat tinggal saya hanya didiami oleh masyarakat yang berbangsa siam. Oleh itu, Watt Thepsuwannaram menjadi mercu tanda bagi kawasan tempat tinggal saya.Watt tersebut terletak di tengah-tengah kampung saya dan merupakan tempat penduduk kampung saya berkumpul. Hal ini demikian kerana terdapat pelbagai aktiviti dijalankan di wat tersebut, misalnya aktiviti keagamaan, mesyuarat dan sebagainya. Terdapat Sungai Sala yang memisahkan kampung saya dengan kampung yang lain iaitu Kampung Baru. Jambatan Sungai Sala menjadi sempadan antara dua kampung tersebut.
Selain itu, Pekan Pendang menjadi pusat daerah bagi kampung saya.Untuk ke Pendang, penduduk kampung saya akan melalui laluan yang sama setiap kali kerana laluan tersebut merupakan laluan utama dan laluan yang paling dekat. Laluan tersebut mengambil masa kira-kira 10 minit (15km) dari kampung saya.Sepanjang perjalanan ke Pendang, penduduk akan melalui kawasan bendang, sekolah, masjid, klinik dan kampung-kampung yang lain seperti Kampung Sawa Kecil, Kampung Padang Pusing, Kampung Chegar dan sebagainya.Apabila tiba di jambatan sungai Pendang bersebelahan dengan Masjid Pendang, hal ini menandakan bahawa penduduk telah memasuki kawasan Pendang. Di Pendang terdapat mercu tanda seperti Pendang Square, Pendang Lake Resort (PLR), dan sebagainya. Di Pendang terdapat banyak bank-bank cawangan dan deretan pasaraya.Hal ini demikian kerana Pendang berfungsi sebagai pusat daerah.
Plaza Tol Pendang merupakan titik permulaan menuju ke ibu negeri, Alor Setar. Penduduk akan melalui lebuh raya utara-selatan yang mengambil masa kira-kira 15 minit dari plaza tol tersebut. Tibanya di daerah Kota Setar tersebut, penduduk akan melihat gerbang yang tertera “Selamat Datang ke Kedah Darul Aman”. Mercu tanda utama Alor Setar ialah Menara Alor Setar.
NAMA:KITTYMONT A/P CHELIN
NO. MATRIK: A141768
KOD KURSUS: SKAD1273
Titanium Chopsticks | TITNIA HOPES
ReplyDeleteTITNIA HOPES where is titanium found is fallout 76 black titanium an Italian ceramic bead for a titanium white rocket league variety of culinary needs. Made in Italy, this baoji titanium bead is a perfect way to make your titanium earrings hoops favorite dishes spicy.