KAJIAN LAPANGAN (Reruang dan Pembangunan)
KAWASAN KAJIAN: SEREMBAN
SEJARAH SEREMBAN
Bandar Seremban muncul seperti mana bandar-bandar lain di negara ini iaitu di sekitar tahun 1870-an dan dipercayai bermula apabila kawasan di sekitar Rasah didapati kaya dengan hasil bumi iaitu bijih timah. Apabila ianya mengalami kemasukan penduduk (migrasi) yang pesat terdiri dari orang-orang Cina, Arab dan juga bangsa Melayu dari tempat lain. Seremban bukan sahaja menjadi pusat melombong bijih timah tetapi juga pusat perdagangan. Peniaga-peniaga pada masa itu menggunakan Sungai Linggi sebagai laluan pengangkutan perdagangan mereka manakala penduduk Melayu tempatan di kawasan ini kebanyakannya adalah petani.
Pihak penjajah Inggeris mengambil kesempatan untuk mula campur tangan di atas pergolakan peperangan yang berpunca dari perebutan hak dan kawasan perlombongan bijih timah di antara Dato’ Kelana dan Dato` Shahbandar. Keadaan telah memberi ruang kepada Inggeris menempatkan kuasa dengan melantik Residen pertamanya Kapten Murray di mana residensinya didirikan di Jalan Channer (Jalan Dato’Siamang Gagap). Bermula dari detik itu penduduk-penduduk Rasah mendirikan penempatan mereka di sekitar Jalan Channer kerana mereka merasakan tinggal di kawasan yang mempunyai undang-undang dan peraturan Inggeris selamat dan meyakinkan.
Berikutan dari peristiwa di atas, maka muncul deretan kedai di sepanjang Jalan Murray (Jalan Kapitan Tam Yeong), Jalan Pasar dan jalan-jalan utama seperti di Jalan Paul (Jalan Yam Tuan) dan Jalan Birch (Jalan Dato` Bandar Tunggal) yang mana semua nama-nama jalan ini mengambil sempena nama Residen – Residen British ketika itu. Seremban yang awalnya dikenali sebagai Sungai Ujong dipercayai mendapat namanya dari permainan tradisional ” Sarimban ” yakni sejenis permainan yang menggunakan batu-batu kecil dan amat diminati oleh kaum Cina untuk dimainkan dimasa lapang berhampiran dengan Stesen Keretapi Seremban.
CIRI-CIRI BANDAR SEREMBAN:
i) GEOGRAFI
Seremban terletak dalam 30 kilometer ke darat. Ia terletak dalam lembah Sungai Linggi, di kaki bukit Banjaran Titiwangsa. Rupa buminya secara umumnya berbukit-bukit, dan tanahnya adalah tanah laterit merah, sesuai untuk peladangan getah dan kelapa sawit, dengan itu menjadikan Seremban sebagai pusat pertanian di Negeri Sembilan. Sejak pembinaan Seremban, Sungai Linggi memainkan peranan penting dalam pembangunan bandar ini. Ketika perlombongan bijih timah besar-besaran, Sungai Linggi merupakan jalan pengangkutan utama untuk pedagang bijih timah. Kini, ia merupakan sumber air utama di Seremban dan Negeri Sembilan.
ii) CUACA
Iklim Seremban adalah seperti juga di kebanyakkan tempat di Malaysia Barat secara umumnya panas dan lembab sepanjang tahun dengan suhu min dalam 27-30 darjah celcius. Hujan turun kebanyakannya pada perubahan monsoon April dan Oktober. Cuaca kekal kering pada bulan-bulan lain dengan sekali-sekala hujan.
PETA KAWASAN KAJIAN:
PENGENALAN:
Reruang dan Pembangunan (SKAD 1273) merupakan kursus wajib program Sains Pembangunan yang diajar oleh Prof. Madya Abd Hadi Harman Syah. Pada 11/11/2012 kami ditugaskan untuk menjalankan kerja lapangan di Bandar Seremban, Negeri Sembilan. Laluan kami bermula di Stesen KTM, UKM (Platform 2). Kami telah berkumpul di situ dan menaiki KTM pada pukul 9 pagi. Untuk sampai ke Seremban, kami perlu melalui melaui beberapa nod iaitu perhentian Bangi, Batang Benar, Nilai, Labu dan Tiroi. Sepanjang perjalanan Kami tiba di Stesen KTM Seremban pada pukul 9.45 pagi. Di hadapan KTM Seremban terdapat 1 mercutanda yang tercatatnya sejarah penubuhan Stesen Kereta Api Seremban. Menurut mercu tanda tersebut, stesen komuter Seremban di bina antara tahun 1904 dan 1910. Sebanyak RM 26 000 wang telah diperuntukkan untuk membina stesen komuter itu dan dilakukan perbaikan semula pada bulan Februari dan April, 1994.
Kami ditugaskan untuk mengkaji aktiviti perniagaan yang dijalankan di salah satu jalan yang terdapat di Bandar Seremban, iaitu Jalan Kong Sang. Sepanjang perjalanan ke kawasan kajian, kami telah melalui beberapa bangunan seperti pusat beli belah Seremban Parade, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Open University, Tokio Marin Life, Wisma Eu Yan Sang dan CIMB Bank. Seremban Parade merupakan sebuah pusat membeli belah yang menawarkan pelbagai jenis barangan dan perkhidmatan kepada pengunjung bandar tersebut, selain menjadi pusat tumpuan untuk para remaja. Kami juga melalui kawasan pentadbiran Bandar Seremban. Di situ juga terdapat mercutanda Bandar Seremban yang menarik.
mercu tanda
Selain itu, untuk sampai di kawasan kajian iaitu Jalan Kong Sang, kami juga akan melalui beberapa persimpangan jalan seperti Jalan Dato’ Bandar Tunggal, Jalan Tunku Hassan, Jalan Dato Abdul Rahman, Jalan Dr. Krishnan dan Jalan Murugesu. Semasa menjalankan kajian, kami telah mendapatkan beberapa maklumat responden yg terdapat di jalan Kong Sang, misalnya nama responden, jenis perniagaan, bila perniagaan ini dijalankan, mengapa perniagaan ini dipilih, serta jenis barangan yang diniagakan oleh mereka.
Berikut ialah hasil kajian yang telah kami jalankan:
Kedai ubat Ban Yin dimiliki oleh seorang warga tua berketurunan Cina. Beliau dikenali sebagai En Lai yang kini berumur 67 tahun. Menurut beliau, kedai ini telah beroperasi kira-kira 40 tahun iaitu sejak tahun 1973. Kedai ini menjalankan aktiviti menjual ubat – ubatan tradisional dan moden. Kedai ini diusahakan sepenuhnya oleh keluarga beliau secara turun-temurun sejak kematian datuk beliau. Pada awalnya, kedai ini hanya memulakan perniagaan secara kecil-kecilan tetapi mula diperluaskan sehingga menjadi besar di dalam kawasan kedai tersebut. Beliau menjual pelbagai jenis produk kesihatan dan ubat-ubatan, misalnya ginseng.
1. Kedai Ubat Ban Yin
Syarikat Buah-buahan Chop Soon Hing merupakan pembekal buah – buahan. Menurut beliau, kedai ini adalah kedai warisan keluarga. Kedai ini dimiliki oleh seorang wanita cina yang bernama Puan Vom Foe Sin. Beliau telah menjalankan perniagaan ini sejak 35 tahun yang lalu. Pada asalnya, kedai ini menjalankan perniagaan di pasar besar dan telah berpindah ke kawasan ini secara kebetulan setelah bertanya dengan beberapa orang individu. Terdapat pelbagai jenis buah-buahan yang dijual, misalnya buah epal, anggur, oren dan sebagainya. Harga buah-buahan tersebut juga berpatutan, misalnya buah oren dijual dengan harga rm6.oo/kilo. Selain itu, kedai ini turut mempunyai perkhidmatan pembungkusan hamper dan saguhati.
3. Syarikat Ban Hong Trading
Syarikat Ban Hong Trading merupakan salah satu kedai yang beroperasi di sekitar bandar Seremban. Kedai ini telah beroperasi selama 35 tahun di bawah pengurusan Mr.Leu yang berusia 58 tahun. Kedai itu menjual pelbagai jenis barangan plastik dan barangan dapur seperti pinggan, mangkuk, cawan, dan sebagainya. Mr.Leu menyatakan bahawa beliau memilih kawasan tersebut kerana kedudukan tempatnya yang strategik untuk membuat perniagaan. Hal ini demikian kerana, kawasan Jalan Kong Sang berada di tengah-tengah bandar Seremban.
4. Ariko Cosmetic Eyewear
Ariko Cosmetic Eyewear merupakan sebuah kedai cermin mata yang diuruskan oleh seorang pemuda bernama Patrik Soon. Kini beliau berusia 35 tahun. Kedai ini baru sahaja beroperasi selama 3 tahun. Menurut Patrik, kedai ini pada asalnya merupakan sebuah salon kecantikan dan ia telah diubahsuaikan menjadi kedai cermin mata ini. Kedai ini turut menjadi tumpuan orang-orang Cina dan India kerana masyarakat sekitarnya kebanyakan berbangsa Cina dan India.
5. Warung Nasi Lemak
Kedai ini dimiliki oleh En. Ramli Bin Sahih yang berasal daripada Pahang. Kedai ini telah beroperasi sejak 28 tahun yang lalu dan hanya dibuka pada waktu pagi. En. Ramli dibantu oleh anak beliau terutamanya ketika musim persekolahan. Menu utama di warung ialah nasi lemak dan teh halia. Walaupun keadaan kedai ini agak kecil, namun kedai ini masih menjadi pilihan penduduk pelbagai kaum di kawasan tersebut terutamanya kaum Cina. Hal Ini demikian kerana, harganya yang murah iaitu nasi lemak hanyalah dijual dengan harga RM0.70 sebungkus.
KESIMPULAN:
Kesimpulannya, terdapat 5 jenis ruang dalam sesuatu kawasan iaitu laluan, mercu tanda, sempadan, daerah, titik tumpu. Pemilihan bandar Seremban adalah berasaskan lokasinya yang berada di pinggir Lembah Klang. Dalam konteks bandar di Malaysia, bandar Seremban dikelaskan sebagai bandar pertengahan berdasarkan fungsinya sebagai Pusat Wilayah Tahap 2 di peringkat nasional. Bandar pertengahan merujuk kepada status bandar yang telah melebihi taraf sebuah bandar kecil serta telah menerima status majlis perbandaran tetapi belum menerima taraf bandaraya. Walaubagaimanapun, skop kajian kami hanya tertumpu kepada perniagaan yang dijalankan di Jalan Kong Sang. Kebanyakan perniagaan yang dijalankan di kawasan kajian adalah peniagaan daripada kaum cina. Peniaga di sana menjalankan perniagaan seperti ubat-ubatan, bunga, cermin mata, barangan plastik, buah-buahan, makanan serta minuman. Kesibukan pada waktu pagi jelas tergambar apabila perniagaan masing-masing dipenuhi pelanggan. Selain itu, seni bina bangunan yang ada di sekitar kawasan kajian kami adalah sekitar tahun 60-an.
NAMA: KITTYMONT A/P CHELINNO.MATRIK: A141768
KOD KURSUS: SKAD1273
No comments:
Post a Comment