Wednesday, 26 December 2012

ANALISIS KUALITATIF

PENGENALAN
      Reruang dan Pembangunan (SKAD 1273) merupakan kursus wajib program Sains Pembangunan yang diajar oleh Prof. Madya Abd Hadi Harman Syah. Saya telah ditugaskan untuk menemubual salah seorang penduduk di kawasan tempat tinggal saya. Saya perlu mendapatkan maklumat mengenai kejadian atau pengalaman yang dilalui oleh responden suatu ketika dahulu.

      Berdasarkan temu bual yang telah saya jalankan, saya telah menganalisis maklumat itu secara kualitatif. Analisis kualitatif  terbahagi kepada 2 kod iaitu kod aksial dan kod terbuka. Kod aksial merujuk kepada elemen-elemen utama yang kerap disebut oleh responden dalam transkrip tersebut. Selain itu, kod terbuka merujuk kepada elemen-elemen yang hanya menjadi sampingan atau tambahan kepada kod aksial, namun masih terdapat kaitan dengan elemen-elemen utama dalam perbualan itu.

KOD AKSIAL
1) KEMUDAHAN ASAS
2. …saya dalam 5 atau 6 tahun macam tulah, masa tu lampu elektrik, air paip, mini tar, telefon apa semua tu memang tak ada la, adapun 2, 3 biji camtu saja.

16. …walaupun sedikit rumah pun kita tak boleh pi jauh-jauh sebab kenderaan tak ada,
cuma jalan kaki saja, nak pi jauh mana….

83. …Kalau kita dulu pakai minyak, pitar minyak.

83. …Air paip pun tak ada.

 90. …Dulu memang senyap sunyi walaupun dalam keadaan yang gelap, tak da lampu elektrik tapi sekarang terang.

KESIMPULAN: Terdapat 5 ayat yang menceritakan mengenai kemudahan asas.


2) PEKERJAAN

4. …Nak keja dulu memang susah sebab masa tu tanam padi untuk kegunaan sendiri saja.

70. …Ada yang pergi sekolah, ada yang pergi bekerja.
71. …Dulu kerja pun rm2.20 sen sehari.

71. …Kutip akar kayu  di ladang, kita buat tu pun masa cuti sekolahlah.

KEKERAPAN: Terdapat 4 ayat yang menceritakan mengenai pekerjaan.


3) KEDAI

57. …Kita dulu duit memang susah nak dapat duit, bila dapat duit pun susah jugak nak belanja dulu sebab kampung kita pada masa tu  kedai pun tak da lagi.

59. …Tak da kedai..jadi ada duit pun nak beli apa, simpan untuk besok pergi sekolah sajalah, jalan besar sana ada kedai.

75. Dulu nak bayar duit, nak dapat duit memang susah, habis duit pun susah sebab di kampung kita tak da kedai.

81. …Tapi sekarang ni duit pun senang belanja, kedai ada sampai 2 3 biji buah di kampung.

KEKERAPAN: Terdapat 4 ayat yang menceritakan mengenai kedai.


4) SEKOLAH
32. …Sekolah pun dulu sangat susah, cuma jalan kaki sejauh 3 setengah kilo, hampir 1 jamlah perjalanan.

34. …Pukul 6 sudah bangun, mandi. Ada setengah yang mandi, ada setengah yang tak mandi..haha (gelak) sebab perigi jauh dari rumah.

36. …Pergi sekolah pun kasut tak boleh pakai dari rumah, pi sampai jalan besar, jalan tar baru boleh pakai kasut sebab jarak dalam 3 kilo ni semua (batuk) jalan-jalan merah, berselut, kalau kita pakai kasut, memanglah kotor kasut, kasut sekolah.

39. …Kita pergi sekolah pun beramai-ramai, lebih kurang 30 atau 40 orang dalam satu group.

40. …Beg sekolah pun pakai beg plastik saja bukan beg yang canggih-canggih, beg yang elok-elok macam sekarang.

42. …Lepas tu pergi sekolah memang agak perjalanan pun kena cepat sikitlah sebab takut tak dan masa sekolah.

60. …Pastu duit belanja sekolah hari-hari pun 10 sen saja. Beli mee 1 pinggan 5 sen, beli air 1 gelas tu 5 sen.

62. …Jadi bila saya macam darjah 5 darjah 6 macam tu baru dibagi 20sen sebab masa tu barang pun dah naik harga sikit kot, 10 sen pun dah tak cukup.

65. …Masa kita dulu kadang-kadang tak da duit pun kita pergi sekolah tapi budak sekarang tak da duit tak mau pergi sekolah.

73. …Dulu sekolah memang ada yang rajin walaupun jalan kaki, tapi sekarang dah naik moto sendiri pun ada setengah yang tak mau pergi sekolah lagi.

77. …Kalau..kalaulah dulu kalau abang ka, saudara ka pergi ke pekan nat, hari tu kita tak pergi sekolah dah.

84. …Dulu nak mandi kena pergi perigi jauh dari rumah. Ada setengah tu yang pi sekolah tu yang malas mandi pun ada, sebab segan nak pi perigi jauh, ada setengah yang rajin sikit, pada petang tu dia ambik baliklah 1 timba ka, 2 timba ka untuk mandi pergi sekolah pagi besok.

KEKERAPAN: Terdapat 12 ayat yang menceritakan mengenai sekolah.

5) AKTIVITI  YANG  DIJALANKAN
18. …Kita dulu memang seronok, hanya hari-hari buang masa begitu saja, hari-hari lastik burung.

22. …Kita di kampung cuma jalan kaki, lastik burung, cari ikan macam tu saja.

23. …Dulu cari ikan memang kita di tengah-tengah hujan, tak kira sejuk tangkap ikan.

30. …Pada musim kemarau, padi dipotong, kita pun budak ada yang main gasing, ada yang main wau.

KEKERAPAN: Terdapat 4 ayat yang menceritakan mengenai aktiviti yang dijalankan.


KOD TERBUKA
1) SEJARAH SEKOLAH
67. …sekolah baru 3 tingkat yang saya dok belajar tu dirasmi oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Datuk Hussein Onn. Itulah dalam sejarah sekolah saya. Saya boleh bersalam dengan Menteri Besar buat kali pertama.

KEKERAPAN: Terdapat 1 ayat yang menceritakan mengenai sejarah sekolah.

PENUTUP
Berdasarkan analisis kualitatif tersebut, terdapat 5 elemen penceritaan yang berbentuk kod aksial iaitu berkaitan kemudahan asas, pekerjaan, kedai, sekolah, dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan, manakala terdapat 1 kod terbuka iaitu berkaitan sejarah di sekolah lama responden. Ruang- ruang tersebut masih diingati oleh responden  kerana ruang tersebut memberi pengertian yang tersendiri,  selain menunjukkan terdapat perbezaan yang ketara dengan kehidupan masyarakat kini.

NAMA: KITTYMONT A/P CHELIN
NO.MATRIK: A141768
KOD KURSUS: SKAD1273



No comments:

Post a Comment