PERISTIWA PENTING
PERISTIWA YANG BERLAKU DI MALAYSIA KETIKA PENCERITAAN RESPONDEN:
Rusuhan Kaum 1964
Rusuhan Kaum 1964 berlaku di Singapura.Ketika itu, perayaan menyambut hari kelahiran Nabi Muhammad telah diadakan di seluruh Malaysia. Di kebanyakan bandar, ia disambut secara besar-besaran. Pelbagai unit tentera, polis, bomba dan bekas kakitangan kerajaan, contohnya, turut serta di dalam perayaan itu di Stadium Merdeka Kuala Lumpur. Di Singapura, 212 organisasi Islam menyertai perhimpunan tersebut. Sehingga pukul 1 petang pada 21 Julai 1964, seramai 25 ribu umat Islam berkumpul di Padang.Pada pukul 2 petang, Yang di-Pertuan Negara, ketua kerajaan negeri, memberikan ucapan rasmi. Umat Islam digesa supaya mematuhi ajaran Islam dan 'bersabar, tabah dan rajin berusaha'. Pada jam 3.30 petang, orang ramai sepatutnya berarak dari Padang ke St. Andrews Road, Beach Road, Arab Street, Victoria Street, Kallang Road, dan akhirnya ke Lorong 12, Geylang.
Ketika perarakan itu, di kawasan Kallang, seseorang telah membaling botol ke arah perarakan.Suasana bertukar menjadi tegang. Apabila seorang polis FRU meminta mereka yang berarak supaya menggunakan laluan berdekatan dengan kawasan kerja petrol Kallang sekitar pukul 5 petang, ia telah diserang. Dalam sekelip mata suasana menjadi kacau-bilau.Pada pukul 6.00 petang, perbuatan jenayah membakar bangunan-bangunan berlaku di kawasan Geylang di antara Kallang dan Geylang Serai, dan kereta-kereta diterbalikkan. Pada jam 6.30 petang, pertelingkahan dilaporkan berlaku di Chinatown dan Tanjung Pagar. Pada pukul 6.45 petang, beberapa pertentangan lagi dilaporkan berlaku di Arab Street dan persimpangan North Bridge Road.Seramai 50 orang cedera, dan kebanyakannya dengan kecederaan di kepala, dirawat di Hospital Besar Singapura pada 8.30 malam.Keadaan kacau-bilau berlaku dengan begitu dahsyat sehingga banyak panggung wayang yang mengumumkan pembatalan tayangan filem sesi 9.30 malam.Pada hari pertama rusuhan itu, 4 orang terbunuh dan 178 lagi mengalami kecederaan.
Kekacauan itu turut merebak ke kawasan-kawasan lain di Singapura pada beberapa hari berikutnya. 2 lelaki diserang di kawasan Upper Serangoon jam 9.15 malam pada 22 Julai. Keluarga-keluarga Melayu yang tinggal di Queenstown meninggalkan rumah mereka kerana bimbang dengan keselamatan mereka.Perintah berkurung dari waktu senja sehingga ke waktu subuh dikenakan untuk seluruh pulau itu bagi mengawal kacau-bilau pada 23 Julai, dan hanya ditarik semula sepenuhnya pada 2 Ogos, selepas 11 hari.Seramai 45 orang yang melanggar perintah berkurung tersebut telah dipenjarakan.Dengan keadaan yang tidak stabil itu, harga-harga makanan dan bekalan keperluan naik dengan mendadak di dalam tempoh tersebut.Semua kerja terpaksa diberhentikan untuk selama 3 hari.Yang lebih penting lagi, ketakutan telah merebak.Secara keseluruhannya, 23 orang telah terbunuh dan 460 orang lagi cedera.
Operasi Lalang
Operasi Lalang atau Weeding Operation; atau Ops Lalang dilancarkan pada 27 Oktober 1987 oleh pihak Polis Diraja Malaysia / Kementerian Dalam Negeri bagi menangkap mereka yang mengeruhkan suasana politik 1987.Dalam Operasi Lalang ini, 106 ahli politik terutama parti pembangkang ditahan di bawah ISA dan pembatalan dua akhabar harian berlesen, The Star dan Sin Chew Jit Poh serta dua akhbar mingguan, The Sunday Star dan Watan.
Kontroversi ini bermula daripada tindakan kerajaan menghantar guru besar dan guru penolong kanan yang tidak mempunyai kelayakan bahasa Cina ke sekolah-sekolah rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC).[1] Masyarakat Cina meragui keberkesanan golongan tersebut menguruskan pentadbiran sekolah kerana dianggap tidak dapat berkomunikasi secara berkesan dengan staf sekolah. Pada September 1987, satu rombongan Dong Jiao Zong telah menemui Timbalan Menteri Pendidikan Encik Woon See Chin untuk menyampaikan hasrat mereka agar pelantikan berkenaan ditarik balik. Pada 1 Oktober, Kementerian Pendidikan mengumumkan bahawa guru besar dan penolong kanan yang dilantik akan diberi tempoh percubaan selama enam bulan. Keputusan ini tidak dipersetujui oleh ibu bapa dan pergerakan pendidikan Cina yang diwakili oleh Don Zong, Jiao Zong dan pertubuhan masyarakat Cina yang lain. Pada masa yang sama, parti MCA turut menyeru kementerian pendidikan mengkaji semula keputusan sebelumnya dan mahu ciri sekolah Cina dikekalkan. Pada 4 Oktober, Menteri Pendidikan mengumumkan Kementerian Pendidikan akan berpegang pada keputusan awal dan tidak akan tunduk kepada mana-mana tekanan politik. Pada hari yang sama, Dong Jiao Zong dan beberapa buah pertubuhan lain mengadakan pertemuan di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan memutuskan untuk mengemukakan satu bantahan, yang dianggotai ibu bapa dan guru sekiranya isu itu tidak diselesaikan dalam masa dua minggu. Pada masa yang sama, Memorendum Mengenai Kakitangan Pentadbir yang Tidak Berkelayakan Bahasa Cina ke Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina diutuskan oleh Dong Jiao Zong kepada Kementerian Pendidikan. Memorendum ini mengecam kelalaian kementerian menangani masalah SRJKC. Pada 8 Oktober, Jawatankuasa Bertindak Bersama, merangkumi 15 buah pertubuhan utama masyarakat Cina, parti MCA, Gerakan, dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) ditubuhkan dalam satu perjumpaan tergempar di Dewan Perhimpunan Cina Selangor. Pada 11 Oktober, satu perjumpaan besar-besaran diadakan di Tokong Thean Hou untuk membantah keputusan kerajaan berkenaan isu tersebut. Perjumpaan ini dihadiri oleh wakil persatuan-persatuan sekolah Cina, parti MCA, Gerakan dan DAP. Perjumpaan itu mencapai resolusi bahawa sekiranya guru berkenaan tidak dikeluarkan menjelang Rabu minggi berikutnya, mereka akan melancarkan mogok kelas selama tiga hari. Pada pihak Pemuda UMNO, satu rapat umum telah diadakan. Pada 19 Oktober, Anwar Ibrahim mengumumkan kementeriannya tidak akan berganjak daripada keputusan awalnya dan memberi amaran keras bahawa tindakan keras akan diambil ke tas guru besar yang merestui mogok kelas. Kontroversi ini berakhir apabila Perdana Menteri melancarkan penangkapan secara mengejut, dikenalo sebagai Operasi Lalang pada 27 Oktober 1987.
Pemisahan Singapura daripada Malaysia
Keputusan pemisahan Singapura dari Malaysia diambil secara perseorangan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ketika beliau di London pada tahun 1965.Ketika itu Tunku Abdul Rahman bercuti selama 53 hari bagi mendapatkan rawatan di sebuah klinik di London.
Lee Kuan Yew dan parti PAP pimpinannya enggan bertolak ansur dengan kerajaan Malaysia pimpinan Tunku Abdul Rahman.Lee Kuan Yew sering mendakwa orang Melayu hanya berjumlah 39 % sementara bukan Melayu 51 % dan melayakkan Lee Kuan Yew menjadi Perdana Menteri Malaysia sebagaimana saranan Ramanathan. [perlu rujukan]Lee Kuan Yew mempersoalkan orang Melayu sebagai penduduk jati Malaysia, mereka sebenarnya adalah juga pendatang sebagaimana Cina dan India.Contoh yang diberikan ialah Syed Jaafar Albar, ahli politik Johor yang mempunyai darah campuran keturunan Arab.
Lee Kuan Yew menyalahkan Tunku dalam kegagalan konsep "Malaysian Malay".Tunku dikatakan telah terpengaruh dengan ketuanan Melayu yang diperjuangkan oleh beberapa pelampau Melayu dari 'ultra Malay' dan 'Young Turk'.Sebaliknya, Lee Kuan Yew mewar-warkan konsep "Malaysian Malay" dan mendapat sambutan banyak parti di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, kecuali MCA.Gagasan Lee Kuan Yew meliputi Singapura, Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak.
Sebelum 1963, PAP hanya bertanding di Singapura sahaja dan Perikatan bertanding di Semenanjung Malaysia sahaja.Tapi pada 1963, Tan Siew Sin mendesak Perikatan bertanding di Singapura, namun UMNO kalah teruk.Tan Siew Sin merupakan Presiden MCA dan Menteri Kewangan Malaysia ketika itu.Pada 1964, Lee Kuan Yew mengarahkan PAP bertanding dalam pilihan raya kebangsaan di Semenanjung Malaysia bagi menentang MCA.
UMNO mahu Perlembagaan Singapura diubah bagi menjamin masa depan orang Melayu. Sedangkan Lee Kuan Yew sebagai pemimpin Singapura yang ada autoriti dalam pentadbiran negeri Singapura enggan berbuat demikian. Sebaliknya Lee Kuan Yew berjanji akan memperbaiki kehidupan orang Melayu melalui peluang pekerjaan, pendidikan dan skim perumahan.
Dalam projek perumahan, perkampungan Melayu di Singapura telah dihapuskan.Akibatnya, beberapa pergaduhan berlaku.Julai 1964, kira-kira 114 persatuan orang Melayu bertemu dengan Othman Wok iaitu Menteri Hal Ehwal Sosial Singapura bagi membincangkan kepincangan orang Melayu Singapura.Tatkala itu, 12,000 orang Melayu mengadakan perarakan di jalan raya Singapura. Akhirnya tercetus rusuhan kaum antara Melayu dengan Cina di Singapura .Lebih 22 orang terbunuh, 200 cedera dan 1130 ditangkap.Bulan Ogos pula, sekali lagi pergaduhan berlaku.8 terbunuh dan 60 cedera.Kejadian ini meyakinkan Tunku bahawa dengan mengekalkan Singapura dalam Malaysia bakal mengundang rusuhan perkauman yang lebih dashyat lagi.
Pemberontakan Brunei
Pemberontakan Brunei adalah satu kejadian yang berlaku pada 8 Disember, 1962.Para pemberontak mula mengkoordinasi serangan ke atas bandar minyak di Seria (mensasarkan kemudahan minyak milik Royal Dutch Shell), stesen polis dan kemudahan kerajaan di sekitar kawasan ini.Pemberontak ini menentang Sultan, kerajaan baginda dan rakyat setia.Kejadian ini dianggap sebagai tahap pertama dalam Konfrontasi Indonesia-Malaysia.
Bahagian utara pulau Borneo terdiri daripada tiga buah wilayah Britain: iaitu Sarawak dan Borneo Utara (dinamakan semula sebagai Sabah) dan Kesultanan Brunei. Brunei menjadi negeri di bawah perlindungan Britain pada tahun 1888, dengan keluasan kira-kira 2,226 batu persegi (5,770 km2) dan kira-kira 85,000 penduduk, sedikit lebih dari separuh adalah kaum Melayu, satu suku Cina dan selebihnya adalah Dayak. Minyak telah ditemui pada tahun 1929 berdekatan Seria dan konsesi yang diberikan kepada Shell Petroleum Company memberi pendapatan besar kepada Kesultanan Brunei.Ibu negara yang dikenali sebagai Bandar Brunei pada waktu itu, terletak di tebing sungai kira-kira 10 batu (16 km) dari pantai.
Pada tahun 1959, Sultan Sir Omar Ali Saifuddin III, mewujudkan sebuah parlimen dengan separuh anggotanya dilantik manakala separuh lagi akan dipilih melalui pilihanraya. Pilihanraya telah diadakan pada bulan September 1962 dan kesemua kerusi yang ditanding telah dimenangi oleh Parti Rakyat Brunei.
Antara tahun 1959 dan 1962, Britain, Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak telah terlibat dalam satu rundingan bagi menubuhkan sebuah Persekutuan Malaysia baru. Walaubagaimanapun, Filipina dan Indonesia telah menentang sebarang gerakan untuk menyatukan Borneo Utara dan Sarawak dengan persekutuan baru. Sokongan ini diberikan ekoran terdapat bukti-bukti kuat akan sentimen anti-persekutuan yang meluas di Sarawak dan Brunei sendiri. Parti Rakyat Brunei menyokong untuk menyertai Malaysia dengan syarat sebagai satu entiti bersatu dari wilayah utara Borneo (jumlah penduduk kira-kira 1.5 juta orang, separuh darinya adalah Dayak) dengan sultan mereka sendiri, dan oleh itu cukup kuat untuk menentang penguasaan oleh Tanah Melayu atau Singapura, para pentadbir Melayu atau pedagang Cina.[1] Penentangan penduduk setempat dan sentimen penentangan ke atas rancangan Persekutuan Malaysia sering kali diberi gambaran salah oleh catatan sejarah berkenaan Pemberontakan Brunei dan Konfrontasi Indonesia-Malaysia selepasnya. Hakikatnya, parti politik di Sarawak telah menjangka kemerdekaan mereka sendiri seperti yang dijanjikan oleh (tetapi kemudian dibatalkan) oleh Rajah Putih terakhir di Sarawak, Charles Vyner Brooke, pada tahun 1941.
Cadangan Kalimantan Utara telah dilihat sebagai satu bentuk pilihan selepas penjajahan oleh para penentang setempat untuk menentang rancangan Persekutuan Malaysia.Tentangan di seluruh wilayahBorneo adalah di sebabkan faktor-faktor ekonomi, politik, dan perbezaan budaya di antara negeri-negeri Borneo dan Semenanjung Tanah Melayu, dan ketidaksediaan untuk dikuasai oleh politik dari semenanjung.
Walaubagaimanapun, sebelum kejayaan pemilihan Parti Rakyat Brunei, sebuah sayap ketenteraan akhirnya dibentuk, dikenali sebagai Tentera Kebangsaan Kalimantan Utara, yang mana melihat diri mereka sebagai sebuah parti pembebasan anti penjajah. Pemimpinnya yang berumur 34 tahun, A.M. Azahari pernah tinggal di Indonesia dan memiliki kaitan dengan agen perisikan Indonesia.Beliau telah menrekrut beberapa pegawai yang telah dilatih dalam peperangan bawah tanah di Indonesia. Menjelang akhir tahun 1962, mereka mungkin dianggotai kira-kira 4000 anggota, beberapa senjata moden dan kira-kira 1000 pucuk senapang patah.
PERISTIWA YANG BERLAKU DI DUNIA KETIKA PENCERITAAN RESPONDEN:
Perang Arab-Israel 1973
Peperangan ini juga dinamakan sebagai Perang Yom Kippur iaitu hari kebesaran Yahudi dan juga dinamakan Perang Ramadan kerana berlaku dalam bulan kebesaran Islam – Ramadhan. Ia berlaku pada 10 Ramadhan 1393 bersamaan 6 Oktober hingga 22 Oktober 1973.
Konflik Arab-Israel berlaku sejak 1948 selepas negara haram Israel ditubuhkan. Pada jun 1967 berlaku Perang Enam Hari antara Israel dengan Mesir, Syria dan Jordan. Negara Arab lain seperti Saudi, Sudan, Tunisia, Maghribi dan Algeria turut memberi bantuan ketenteraan.
Dalam Perang Enam Hari ini, Israel menjaya menduduki Bukit Golan Syria dann Semenanjung Sinai di Mesir hingga ke Terusan Suez.Selepas itu Israel membina barisan pertahanan di Sinai dan Bukit Golan.Mereka memperuntukkan tidak kurang US500 juta untuk membina kubu yang diperbuat daripada pasir sepanjang 160km.
Kubu ini dipanggil Garis Bar Lev turut disokong dengan dinding konkrit. Binaan daripada pasir menyebabkan ia bertahan daripada serangan udara dan kereta kebal Mesir. Ia disifatkan oleh Menteri Pertahanan Israel sebagai kubu anti kereta kebal terbaik di dunia.
Presiden Mesir Anwar Sadat menggantikan Jamal Abdul Nasser pada 1970.Beliau bertekad melawan Israel dan menawan kembali Sinai yang ditawan Israel pada 1967.Pada 1972 Anwar Sadat mengumumkan Mesir sedia berperang dan menyediakan sejuta tentera, jet-jet pejuang MiG-23, roket SAM6, RPG-7 dan peluru berpandu anti kereta kebal Sagger.
Tentera Mesir dan Syria menyerang Israel serentak pada hari perayaan Yahudi Yom Kippur.Mesir menyerang kubu sekitar Terusan Suez dan Sinai sementara Syria menyerang kubu di Bukit Golan dan Israel mengalami kerosakan teruk.Walaubagaimanapun, Mesir gagal menembusi kubu pasir Bar Lev walaupun menggunakan teknologi ketenteraan yang mahal.Amerika Syarikat membekalkan senjata kepada Israel selepas tiga minggu peperangan dan mereka berjaya mengundurkan tentera Arab dan merampas kembali Sinai dan Bukit Golan.
Ulama Mesir bernama almarhum Syaikh Hafiz Salamah yang juga Imam Masjid Bandar Suez bermimpi kaedah merobohkan kubu Bar Lev. Dalam mimpinya, beliau ditunjukkan cara meruntuhkan kubu itu ialah dengan menggunakan air. Lagipun kubu itu begitu hampir dengan Terusan Suez yang menjadi laluan kapal besar.Ilham ini dipraktikkan apabila Mesir menggunakan meriam air yang biasa digunakan dalam kerja-kerja perlombongan.
Pasukan tentera Mesir menyeberangi Terusan Suez pada 7 Oktober
Selain itu, Mesir turut menggunakan pam gasolin yang lebih kecil dan ringan.Mereka mendapatkan 300 pam buatan British dan 150 pam buatan Jerman. Akhirnya Mesir berjaya meruntuhkan kubu pasir berkenaan dalam tempoh kurang dua jam. Israel menerima tamparan hebat yang tidak diduga oleh mereka. Tentera Mesir terus menyerbu masuk dan menembusi kubu ini disamping bantuan tentera udara menggunakan 250 jet pejuang MiG-21, MiG-19 dan MiG-17.Pasukan jurutera Mesir juga berperanan membuka laluan kubu pasir Bar Lev. Serangan demi serangan menyebabkan pertahanan Israel menjadi lumpuh.
Pada 22 Oktober 1974, perjanjian damai diisytiharkan. Rakyat Israel menyalahkan pimpinan Israel dan menuntut Menteri Pertahanan mereka agar meletakkan jawatan. Akhirnya pada akhir 1974, Menteri berkenaan menyerahkan surat perletakan jawatan.
6 Oktober adalah satu tarikh penting sehingga Mesir dan Syria memilihnya sebagai tarikh hari kebangsaan kedua-dua negara. 6 Oktober juga dipilih sebagai Hari Angkatan Tentera Mesir.
Pada 6 Oktober 1981, dalam perbarisan tentera sempena ulang tahun Perang Oktober, Presiden Mesir ketika itu Anwar Sadat mati ditembak kerana tindakannya yang berdamai dengan Israel.
NAMA: KITTYMONT A/P CHELIN
NO.MATRIK: A141768
KOD KURSUS: SKAD1273